Hasil Dah Ditunjukkan, nak tunggu Maklum Balas ja lagi

bermula 13 januari 2012 usaha dicurahkan. pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan idea-idea bernas. kerap kali penukaran tajuk. beribu kali pencarian bahan. memang banyak dugaan dilalui dalam menyiapkan proposal kajian kali nih. ada benarnya kenapa pensyarah kita org tak berapa galakkan pkita org ambik latihan Ilmiah sebagai method untuk menguji diri. kerap kali kami dipersoalkan " betul kamu nak ambik latihan ilmiah?" persoalan tu memang kepar kami terima. tapi jawapan nya "ya" dan sekarang mmg terbukti kenapa kami disoal sedmikian kerap kali. memng memerlukan kesabaran untuk menyiapkan nya walaupun baru proposal. 

secara rasminya proposal tu siap petang semalam.
dalam perancangan memang mahu tunjukkan proposal tu dengan Prof B. petang semalam tapi disebabkan oleh kerisauan yang teramat sangat ditambahkan lagi dengan cuaca yang tidak mengizinkan. akhirnya aku ambik keputusan jumpa prof B. pagi tadi. 

dalam perjalanan pergi ke kampus perasaan risau kembali menghantui tapi aku kuat kan jgak sebab kalo lewat hantar aku tiada masa mau buat pembetulan dan penambahan sekiranya perlu dan dinasihatkan oleh Prof B. dan proposal selamat sampai ke tangan Timbalan Dekan Penyelidikan Sekolah Psikologi. 

sekarang cuma tunggu maklum balas dari Prof B. sama ada tajuk kajian boleh diteruskan @ ditukar? @ perlu buat penambahan? harap2 tidak masalah dengan tajuk dan proposal tu. masa maki singkat. proposal rasmi mesti submit pada 20 januari 2012 untuk penilaian. dan kemudian perlu dibentangkan dihadapan 2 penilai tapi    10 pensyarah lain yang menjadi supervisor member lain pun akan ada disitu. 

apa-apa pun. harap-harap apa yang terjadi nanti seperti yang diharapkan. 

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...