Ada Baiknya Kalau Lambat Masuk

pejam celik pejam celik dah 11 Feb 2012 kan? dan tak lama lagi 20 Feb 2012 kan?? masih ada baki 9 hari kalau tak silap kira.

tarikh apa tu? kebnyakkan pelajar IPT tahu kot tarikh tu. tu lah tarikh masuk semester baru bagi sesi 2011 / 2012. sekejabnya masa berlalu kan?? siapa yang bakal masuk semester akhir sem nih? ada tak??kalau ada samala kita nih. perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah suajana muda hampir sampai kepenghujungnya tapi tak bermakna perjuangan menuntut ilmu kita habis sampai disini ya??

walau bagaimanapun, yang buat gelisah sangat nih result exam sem I sesi 2011 / 2012 tak keluar lagi. dari sumber yang dipercayai 19 Feb 2012 nnt baru result keluar. huh??lewat nya...ya mmg lewat. korang mcm mna?? lewat mcm tu jugak ka? kalau ya sama la kita. risau dengan hasil yang bakal diperolehi nnt. harap2 dapat seperti apa yang diharapkan. apa-apa pun tawakal ja dah nih.

bila result lambat keluar maka ramai la yang bising pinjaman PTPTN lambat masuk. mcm-mcm bntuk keluhan didengari. ada yang terpaksa makan megi lagi pada awal-awal sem, terpaksa ikat perut la.

tapi cuba fikir dari sudut positif plak. makin lambat pinjaman ptptn masuk semakin lambat duit tu habis nnt. kan??setuju? kalo setuju bagus. kalo lmbt habis bermakna pada study week atau exam week kita masih ada duit untuk membeli makanan yang lebih memberikan khasiat pada minda kita jika dibandingkan kalo duit habis awal. apa yang kita bagi dekat minda? megi ada apa jugak yang mampu dibekal kan pada otak dan minda?

bila otak dan minda mendapat apa yang diperlukan ia akan bekerja lebih baik kan??kesannya insya allah keputusan pun akan baik. sama-sama kita renung renungkan 

1 Komen:

iyka zulaika said...

tunggu lah. takpe lambat sikit asal jgn lambat sangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...