Segmen Saya Nak Doodle Apit

asslammualikum. pagi2 ni nyzham nk join satu lagi segmen apit..nak join jgk???klikja banner kat atas tu. cepat takut nnt tak sempat plak..ok apit kata dia perlukan beberapa maklumat. jadi berikut adalah maklumat ny..


Nama Korang : nyzham
Warna Feveret Korang : putih

harap hasil ny nnt smart la

mangsa tag untuk member yang baru mencebur diri dalam dunia blog

Apa yang Aku Tak Suka Memang Aku Tak Suka

asslammualaikum dan salam sejahtera.

setiap orang mesti ada benda atau perkara yang dia suka dan yang dia tak suka. betul tak??kita nih manusia jadi tak kan lagi dari perasaan-perasaan tersebut termasuklah aku. kita dah buat yang terbaik untuk diri kita. kita buat apa yang membuatkan orang atau masyarakat menerima kita tetapi kadang-kadang untuk membuatkan orang terima kita kita perlu atau terpaksa buat perkara yang kita tak suka supaya kita diterima oleh sesuatu kumpulan.

dan sesetengah perkara kita tak mampu nak ubah. dan ada beberapa perkara yang memang aku tak suka dan tak akan suka.

pertamanya. TAK TAU NAK HORMAT ORANG.  paling senang hormat member sendiri lah atau yang seusia dengan kita. perlu hormat ka mereka?sedang kan seusia..kenapa tidak, mesti lah perlu. apa perasaan korang kalo ada seorang member korang yang tak hormat korang? korang tengah bercakap dia buat tak tau ja..mesti panas kan??mcm tu la apa yang aku rasa. dalam dewan kuliah tadi. punya la tak tau nak hormat member lain tgh dengar kuliah (aku dengar ka?dengar la jgk sebb aku jenis yang malas nak ulang kaji jadi kena fokus dalam kelas baru aku faham). pensyarah bercakap kat depan dia orang plak dok berborak kat belakang. tak tau nak kata apa. kalo dah tak hormat member yang nak dengar kuliah apa lagi nak hormat pensyarah yang tengah mengajar kat depan. jauh sekali. kenapa pensyarah ko tak tegur student yang bising kat belakng??sebab minggu lepas dia dah sindir dah student yang buat bising. dia dah tegur dah. kalo dah pelajar tahun 3 takkan nak tegur banyak kali kot. lagi pun pelajar psikologi takkan tak faham lagi yang pensyarah tu lain macam sedikit minggu nih..?? korang tak perasan ka yang dia dah macam jauh hati, dah merajuk dengan student kelas tu?? cara dia sampai kan kuliah pun cukup berbeza. serius aku cakap aku tak puas dengan apa ilmu yang pensyarah tu bagi tadi. terlampau sedikit info. selaluny dia akan terangkan dengan mendalam supaya kita senang faham tapi korang dah buat dia mcm tu...memang tak bersyukur..dia dah bntu kita dah..kalo nak harapkan kita baca buku yang tebal2 tu dengan bahasa English ny...entah bila aku akan habis baca buku tu...korang..tolong la fikir...jangan menyusahkan diri sendiri...nanti dapat gred ciput menyalahkan pensyarah kata kedekut bagi markah tapi tak tau perangai ko tu mcm apa...dah final sem kot...matang lasedikit

penat tapi??

memang penat satu hari ni.tapi tak apa. biar penat tapi seronok dapat luangkan banyak masa dengan member course mate. walaupun kali nih tak seramai sem lepas.sebab kali nih cuma 14 orang ja yang join. kalo dulu kami pernah keluar jalan-jalan pergi bandar hampri 20 orang member. memang penat. penat berjalan, penat gelak, penat mengusik,penat melayan karenah member. lain kali kita keluar ramai-ramai lagi ya. kita cuba pecah rekod plak. cuba bawak member seramai mungkin. mesti best. mungkin kali nih tak ramai sebab PTPTN tak keluar lagi. sebab tu ramai yang tak dapat join.

matlamat kami keluar hari nih sebab mau tebus kupon buku 1Malaysia tu...pada mulanya memang tak nk join diaorg pergi tebus sebab mau tebus dekat koperasi ja. nak beli buku ilmiah ckit. bila fikir-fikir kalo satu atau dua kupon digunakan untuk beli alat tulis pun ok jgk kan??sebab tu join diaorg pagi tadi keluar bandar. 

janji jam 10 pagi. alah mcm biasalah. kalo janji jam 10...jam 10:30 baru semua datang..mcm tak biasa plak. dengan member yang ramai kena lah tunggu semua sampai baru gerak ramai-ramai. 

mula tu kita org plan mau gerak p KK dahulu kemudian baru p karangmunsing teman member belikan lat top baru. tapi masa dalam bus tu kami yang duduk kat depan plan pergi karangmunsing dulu nnt baru p KK. siap gtau pak cik bus tu lagi dan dah turun dah pun tetiba member yang duduk kat belakang suruh naik balik supaya kita orang ikut plan yang pertama. fuh punya lah malu tu naik bus balik...bila naik kami buat muka tembok..buat-buat tiada apa-apa yang terjadi..hahaha

sampai-sampai ja kedai buku yang terima kupon tu, kami mula kan misi cari barangan yang nak dibeli. cari punya cari. sorg member pun tak jumpa barang yang ingin dibeli.habis semua kedai buku dekat Center point tu kami teroka tapi memang tiada. last-last kami tak guna langsung kupon-kupon tu. masih lagi empat keping seperti mana pergi pagi tu....haiya buang masa dan tenaga oo...

bila dah penat buat lawatan dekat kedai buku kami cari kedai makan untuk menjamu selera dan melepas kepenatan. disebabkan kepenatan dan memang perangai kami "sorang buat keputusan dan sebulat suara akan ikut" last2 dia pilih kedai makan yang mahal gila harga makanan dia. dah puas makan masing2 melenting sebab makan nasi campur boleh mencecah RM10 untuk seorang. ambik ko...

dah puas makan dan melepaskan kepenatan kami teruskan perjalanan. memandangkan ada yang mau beli baju jadi kami turut kan ja. pusing punya pusing..last-last kelompok yang besar tadi terpecah 3 kumpulan kecik..terpaksa lah tunggu untuk semua berkumpul balik. adui pening jugk kalo keluar ramai sangt...

tepat jam 2:30 petang kami gerak p terminal sebab mau ke destinasi kedua iaitu karangmunsing. dalam perjalanan balik tu ada sebuah kereta besar yang ingt dia ja yang ada kereta tanpa mempedulikan perjalan kaki macam kami nih. fuh mau lemah jantung dibuatnya. nyaris kena langgar kot...agak2 la ko..kalo ko nak gatu orang yang ko ada kereta besar sekali pon. ingt la pejalan kaki seperti kami nih. jangan ikut suka ko ja nak pandu kereta tu mcm mana. kalo nyawa salah seorg member kami melayang siapa nak jawab??pandai-pandai la fikir sendiri. tapi alhamdulillah tiada yang tercedera. 

selamat ja sampai ke komplek karangmunsing dalam jam 3 petang mcm tu. kami pakat mau pergi solat dulu. dan memandangkan komplek tu agak asing bagi kami. jadi kami terpaksa bertanya sana sini untuk cari surau. nak cari surau pun kami boleh sesat. sebab ada pekerja dekat sana salah bagi arah. main dalam lif tu ja 30 minit. 

lepas solat tu kami pergi teman kan sorang member nih beli lat top baru dan sorg lagi beli printer baru. macam kejadian pagi ny tak jumpa lat top yang mau dibeli. last-last balik dengan tangan kosong kami hari nih...

memang terbaek..barang yang dicari tak dapat tapi penat yang dapat. tapi tak pa yang penting kami seronok dan pengalaman tu penting.lain kali kita keluar lagi ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...