penat tapi??

memang penat satu hari ni.tapi tak apa. biar penat tapi seronok dapat luangkan banyak masa dengan member course mate. walaupun kali nih tak seramai sem lepas.sebab kali nih cuma 14 orang ja yang join. kalo dulu kami pernah keluar jalan-jalan pergi bandar hampri 20 orang member. memang penat. penat berjalan, penat gelak, penat mengusik,penat melayan karenah member. lain kali kita keluar ramai-ramai lagi ya. kita cuba pecah rekod plak. cuba bawak member seramai mungkin. mesti best. mungkin kali nih tak ramai sebab PTPTN tak keluar lagi. sebab tu ramai yang tak dapat join.

matlamat kami keluar hari nih sebab mau tebus kupon buku 1Malaysia tu...pada mulanya memang tak nk join diaorg pergi tebus sebab mau tebus dekat koperasi ja. nak beli buku ilmiah ckit. bila fikir-fikir kalo satu atau dua kupon digunakan untuk beli alat tulis pun ok jgk kan??sebab tu join diaorg pagi tadi keluar bandar. 

janji jam 10 pagi. alah mcm biasalah. kalo janji jam 10...jam 10:30 baru semua datang..mcm tak biasa plak. dengan member yang ramai kena lah tunggu semua sampai baru gerak ramai-ramai. 

mula tu kita org plan mau gerak p KK dahulu kemudian baru p karangmunsing teman member belikan lat top baru. tapi masa dalam bus tu kami yang duduk kat depan plan pergi karangmunsing dulu nnt baru p KK. siap gtau pak cik bus tu lagi dan dah turun dah pun tetiba member yang duduk kat belakang suruh naik balik supaya kita orang ikut plan yang pertama. fuh punya lah malu tu naik bus balik...bila naik kami buat muka tembok..buat-buat tiada apa-apa yang terjadi..hahaha

sampai-sampai ja kedai buku yang terima kupon tu, kami mula kan misi cari barangan yang nak dibeli. cari punya cari. sorg member pun tak jumpa barang yang ingin dibeli.habis semua kedai buku dekat Center point tu kami teroka tapi memang tiada. last-last kami tak guna langsung kupon-kupon tu. masih lagi empat keping seperti mana pergi pagi tu....haiya buang masa dan tenaga oo...

bila dah penat buat lawatan dekat kedai buku kami cari kedai makan untuk menjamu selera dan melepas kepenatan. disebabkan kepenatan dan memang perangai kami "sorang buat keputusan dan sebulat suara akan ikut" last2 dia pilih kedai makan yang mahal gila harga makanan dia. dah puas makan masing2 melenting sebab makan nasi campur boleh mencecah RM10 untuk seorang. ambik ko...

dah puas makan dan melepaskan kepenatan kami teruskan perjalanan. memandangkan ada yang mau beli baju jadi kami turut kan ja. pusing punya pusing..last-last kelompok yang besar tadi terpecah 3 kumpulan kecik..terpaksa lah tunggu untuk semua berkumpul balik. adui pening jugk kalo keluar ramai sangt...

tepat jam 2:30 petang kami gerak p terminal sebab mau ke destinasi kedua iaitu karangmunsing. dalam perjalanan balik tu ada sebuah kereta besar yang ingt dia ja yang ada kereta tanpa mempedulikan perjalan kaki macam kami nih. fuh mau lemah jantung dibuatnya. nyaris kena langgar kot...agak2 la ko..kalo ko nak gatu orang yang ko ada kereta besar sekali pon. ingt la pejalan kaki seperti kami nih. jangan ikut suka ko ja nak pandu kereta tu mcm mana. kalo nyawa salah seorg member kami melayang siapa nak jawab??pandai-pandai la fikir sendiri. tapi alhamdulillah tiada yang tercedera. 

selamat ja sampai ke komplek karangmunsing dalam jam 3 petang mcm tu. kami pakat mau pergi solat dulu. dan memandangkan komplek tu agak asing bagi kami. jadi kami terpaksa bertanya sana sini untuk cari surau. nak cari surau pun kami boleh sesat. sebab ada pekerja dekat sana salah bagi arah. main dalam lif tu ja 30 minit. 

lepas solat tu kami pergi teman kan sorang member nih beli lat top baru dan sorg lagi beli printer baru. macam kejadian pagi ny tak jumpa lat top yang mau dibeli. last-last balik dengan tangan kosong kami hari nih...

memang terbaek..barang yang dicari tak dapat tapi penat yang dapat. tapi tak pa yang penting kami seronok dan pengalaman tu penting.lain kali kita keluar lagi ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...