tiba sudah di sabah

asssalammualaikum rakan bloger sekalian....
petang ni aku nak kongsilah dengan rakan-rakan sekalian yang aku sudah pun sampai dengan selamatnya di Sabah Negeri di bawah bayu ni. Perjalanan yang memang memenatkan walaupun dengan hanya duduk dalam flight. Sudahlah pada malamnya aku tidak dapat tidur, mana tidaknya aku pada kebiasaannya akan tidur dalam lingkungan jam 2:30 pagi. Dan pagi tadi aku terpaksa bangun dalam jam 3:30 pagi disebabkan dikejutkan oleh umma. Kamsahamida umma. Dia bangun awal dan bersiap lebih awal daripada aku, sebelum dia kejutkan aku dia mandi terlebih dahulu. Padahal hari tu my umma perlu pergi kerja sebagai pembantu di kantin IKMAS yang terletak dalam kampung kita orang. sebelum my umma pergi kerja dia akan menyediakan pelbagai menu yang akan dibawa ke kantin dan wang yang diperolehi daripada jualan tersebut akan ditabungkan untuk wang perbelanjaan aku di sini. Niat my umma hanyalah satu, iaitu dia memastikan aku belajar dengan tenang tanpa perlu risau akan masalah kewangan sepanjang pengajian aku. Dan semasa cuti semester dia akan menyuruh aku untuk bekerja untuk mencari sedikit duit saku untuk aku sendiri. Tapi aku ni jenis yang kurang gemar untuk bekerja sepanjang pengajian aku, walaupun musim cuti sem. Tapi kekadang tu ada juga aku tersinggung dengan sindiran yang dilontarkan oleh umma, walaupun sindiran itu ditujukan kepada adik ku tapi masej yang disampaikan oleh umma pada kebiasaannya akan ditujukan kepada semua adik-beradik dan tujuannya adalah satu iaitu untuk mendidik kami adik-beradik. Setiap orang lain ragamnya macam itu jugalah kami adik-beradik mempunyai perangai yang tersendiri, dan hanya umma sahaja yang sanggup hadapi kami semua. Walaupun kami nampak baik dimata orang sekeliling tapi hanya umma dan tuhan sahaja yang tahu kami semua. KAMSAHAMIDA UMMA..!!SARANGHEYO...

never say good bye!!!!!!

assalammualaikum semua bloger...
mm....12:43 mlm sudah tapi aku blm jugak tidur. Sedangkan esok aku perlu bangun awal untuk bersiap-siap hendak pergi air port jam 4 nanti dan aku perlu bangun jam 3 pagi agaknya. flight aku jam 6 pagi nanti dan sebelum jam 8 pagi aku dah berada di kota kinabalu bersama matlamat yang aku tanam sejak aku dibangku sekolah dan dengan tujuan itu jugalah aku dihantar ke sekolah. Pada mulanya memang perit untuk aku melanjutkan pelajaran di kota kinabalu. mana tidaknya dahlah jauh dari kampung halaman pergi ke sana pun seorang diri. pada pagi aku hendak mendaftar macam-macam masalah yang timbul. fail yang mengandungi dokumen penting boleh tercicir dan perkara yang paling merunsingkan aku ialah apabila slip keputusan MUET aku hilang dalam simpanan pihak sekolah aku dulu. Tapi kerani sekilah bagitahu aku yang slip aku dah dituntut. memang benar agaknya slip aku telah dituntut oleh individu yang boleh dilabelkan sebagai tidak bertanggungjawap lansung.. Kalau memang dah ambik slip orang pandai-pandailah sempaikan kepada tuan empunya, ini tak disimpan jadi harta karun. cikgu yang menyelaras tingkatan 6 pun runsing dibuatnya. aku apa lagi mengelabah tak habis-habis dengan masalah yang menimpa aku. kalau aku jumpa individu yang ambik slip aku tu aku nak ucapkan ribuan terima kasih sesangat dekat korang sebab telah pun merumitkan urusan aku. dan nasib baiklah kerani sekolah ingin membantu aku dengan menghantar salinan keputusan aku ke sabah. Kalau nak aku pergi ambik dekat kuching, alamatnya aku takkan sampai di tahap dimana aku berada sekarang dan syukur jugaklah ada kawan kepada sepupu aku yang sudi membantu terima kasih banyak-banyak dekat yang telah membantu aku masa tu. Dan lain pula ceritanya pada malam hari, aku rasa minggu tu ialah minggu yang pertama aku belajar macam mana hendak menanggis semahu-mahunya. aku hendak pulang ke kampung dek kerana tidak sanggup untuk selesaikan dan menghadapi masalah yang menimpa aku pada masa tu dan nasin baik jugaklah ada kawan yang sanggup mendengar tanggisan lelaki. memang pada malam tu ego aku sebagai lelaki entah ke mana. tanpa segan dan silunya aku menanggis dan aku t=dapat rasakan yang mata aku pada pagi berikutnya nampak sangat kesan tanggisan aku pada malam tu. Tapi sepupu aku buat tak tahu sahaja, tapi memang itu yang aku mahukan. apa-apa pun aku memang sayang kampung aku dan keluarga aku dan aku bersyukur sangat dengan apa yang telah aku capai sekarang, aku ingin yang lebih baik pada masa depan aku. aku akan buktikan pada semua. wassalam, jumpa di kota kinabalu sabah esok..bubbye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...