tiba sudah di sabah

asssalammualaikum rakan bloger sekalian....
petang ni aku nak kongsilah dengan rakan-rakan sekalian yang aku sudah pun sampai dengan selamatnya di Sabah Negeri di bawah bayu ni. Perjalanan yang memang memenatkan walaupun dengan hanya duduk dalam flight. Sudahlah pada malamnya aku tidak dapat tidur, mana tidaknya aku pada kebiasaannya akan tidur dalam lingkungan jam 2:30 pagi. Dan pagi tadi aku terpaksa bangun dalam jam 3:30 pagi disebabkan dikejutkan oleh umma. Kamsahamida umma. Dia bangun awal dan bersiap lebih awal daripada aku, sebelum dia kejutkan aku dia mandi terlebih dahulu. Padahal hari tu my umma perlu pergi kerja sebagai pembantu di kantin IKMAS yang terletak dalam kampung kita orang. sebelum my umma pergi kerja dia akan menyediakan pelbagai menu yang akan dibawa ke kantin dan wang yang diperolehi daripada jualan tersebut akan ditabungkan untuk wang perbelanjaan aku di sini. Niat my umma hanyalah satu, iaitu dia memastikan aku belajar dengan tenang tanpa perlu risau akan masalah kewangan sepanjang pengajian aku. Dan semasa cuti semester dia akan menyuruh aku untuk bekerja untuk mencari sedikit duit saku untuk aku sendiri. Tapi aku ni jenis yang kurang gemar untuk bekerja sepanjang pengajian aku, walaupun musim cuti sem. Tapi kekadang tu ada juga aku tersinggung dengan sindiran yang dilontarkan oleh umma, walaupun sindiran itu ditujukan kepada adik ku tapi masej yang disampaikan oleh umma pada kebiasaannya akan ditujukan kepada semua adik-beradik dan tujuannya adalah satu iaitu untuk mendidik kami adik-beradik. Setiap orang lain ragamnya macam itu jugalah kami adik-beradik mempunyai perangai yang tersendiri, dan hanya umma sahaja yang sanggup hadapi kami semua. Walaupun kami nampak baik dimata orang sekeliling tapi hanya umma dan tuhan sahaja yang tahu kami semua. KAMSAHAMIDA UMMA..!!SARANGHEYO...

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...