my name is..???

assalammualaikum..
hai rakan bloger semua..
'sorry'lah rakan-rakan semua lupa nak bagi tahu siapa sebenarnya diri aku ni. nama aku sebenar-benarnya dan kalau diikutkan dalam kad pengenalan diri atau IC Hanizam Bin Hadni. huh? nama aku macam nama islam??memanglah aku islam. mak dan bapa aku pun islam jugak. aku dilahirkan dalam keluarga islam, orang kampung aku pun islam sama. tapi kadang-kadang tu adalah juga individu yang ingat aku ni non muslim. kenapa ah? Entah aku pun tak tahu apa sebabnya. mungkin aku ni banyak sangat kawan yang bukan islam. tapi kitakan menyahut seruan kerajaan "1 Malaysia" jadi kenapa macam aku ni tak boleh nak berkawan dengan mereka yang bukan islam? Bila difikirkan balik, biarlah apa orang nak kata. itu kehidupan aku, lepas kau jawab soalan mereka pandai-pandailah mereka nak fikir. dan kalau bloger semua nak tahu aku dilahirkan dalam bulan ogos dan mempunyai zodiak leo. rasa-rasanya berapa tarikh lahir aku?aku lahir 06 haribulan ogos tahun 1989. usia aku baru sahaja 21 tahun. bolehlah dikatakan dewasa sedikit. itupun kalau ditengok pada tahun kelahiran dan usia aku. tapi kalau korang tengok aku dalam kehidupan realiti aku, ia tidak menampakkan aku berusia 21 tahun sebabnya aku ni bersikap bebudak sedikit. tapi ramailah yang respect dengan aku. aku pun tak tahu kenapa dan apa sebabnya. biarlah, kekadang aku rasa bangga juga sebab mempunyai kepercayaan dari orang sekeliling. dan aku ni bolehlah dikatakan mudah untuk buat orang tergelak, aku bukan pelawak tapi aku akan rasa bahagai kalau tengok orang ceria dan tidak stress. kalau dah semua moody memang secara tidak lansung akan mempengaruhi mood aku. akhirnya nanti aku pula yang moody. jadi untuk mengelakkan semua tu berlaku biarlah aku menceriakan dan membuatorang sekelilinga ku tergelak. beru hidup ni  menyeronokkan. aku juga merupakan pelajar IPTA. hah? pandai? tiadalah. aku belajar dekat UMS atau nama panjangnya Universiti malaysia sabah dan mengkhusus dalam bidang psikologi. best jugak bidang ni. dulu pada mulanya aku masuk memanglah rasa cuak nak belajar bidang ni. almaklumlah bulan bidang pilihan. bidang ni aku main pilih tanpa penilaian dan minta aku. aku lebih minat dengan bidang yang ada kira-kira atau ekonomi macam tulah. tapi keputusan aku yang tidak menggalakkan untuk aku ambik ekonomi. tapi aku tidak lah menyesal untuk ambik psikologi ni sebab seperti yang aku katakan aku dah mula untuk meminati bidang psikologi ni. dan kalau keputusan aku nanti menizinkan untuk aku menyambung Master insya allah aku akan sembung dalam bidang psikologi jugak. ta salah kan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...