azam tahun baru????

assalammualaikum rakan bloger semua.
malam ni secara rasminya aku menjadi bloger. sebelum ni pun aku dah ada blog juga tapi tak berapa nak aktiflah. mungkin sebab aku aktif blog ni aku lebih tertarik dengan grafiknya. kalau grafiknya menarik maka secara automatiknya rajinlah aku membuka dan aktiflah alamatnya untuk aku menulis dekat blog ni. rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru. entah ada entah tidak individu yang rajin membaca blog aku ni. tapi apa-apa pun aku seperti individu lain juga iaitu mempunyai azam tahun baru aku. dan salah setunya ialah untuk mengaktikan diri dalam dunia alam siber ini. walaupun aku ada facebook macam individu lain tapi aku rasakan fb bukan satu wadah yang mampu memberi aku suatu kepuasan untuk meluah ketidakpuasan hati aku. mana tidaknya semua rakan-rakan aku akan 'add' aku sebagai 'friend' mereka. dan untuk meluah apa yang aku rasa tidak puas dengan mereka dekat facebook amatlah terhad dan terpaksa bertapi-tapis sehinggakan maksud yang ingin aku sampaikan tidak kesampaian. jadi aku berazamlah untuk aktif dalam dunia blog ini. dan harap-harap blog ini boleh aku jadikan sebagai medan untuk aku luahkah ketidakpuasan hati aku terhadap seseorang. dan azam aku yang kedua ialah untuk meningkatkan pointer aku pada semesti ni. untuk makluman semua bloger sem lepas aku dapat peningkatan yang boleh membuatkan aku menarik nafas lega. pada mulanya aku menjangkakan pointer aku akan jatuh mendadak sebab subjek yang aku ambil sem lepas bukanlah sebjuk yang calang-calang. tengok-tengok pada hari keputusan diumumkan aku bagaika diberi peluang untuk membuktikan kepada semua orang aku mampu untuk memberikan saingan dengan rakan -rakan aku yang lain. walau apa pun aku bersyukur sangat. dan sem ini aku ingin sangat apa yang berlaku sem lepas pun akan berlaku sem ini. di mana aku dapat meningkatkan poinetr aku dengan baik dan sekali gus mengukuh kedudukan CGPA aku untuk aku konvo nanti. aku harapkan juga agar aku dapat Ijazah Kelas Kedua Upper dan untuk mencapai cita-cita aku itu memerlukan untuk aku mencapai 3.++ pada sem-sem akan datang. harap rakan-rakan doakanlah kejayaan kami. rasanya sampai disini sahaja untuk malam ni. harap malam esok pun kita akan dapat berjumpa kalau tiada halanagn dan dengan izin allah. wassalam.

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...