Segmen Saya Nak Doodle Apit

asslammualikum. pagi2 ni nyzham nk join satu lagi segmen apit..nak join jgk???klikja banner kat atas tu. cepat takut nnt tak sempat plak..ok apit kata dia perlukan beberapa maklumat. jadi berikut adalah maklumat ny..


Nama Korang : nyzham
Warna Feveret Korang : putih

harap hasil ny nnt smart la

mangsa tag untuk member yang baru mencebur diri dalam dunia blog

Apa yang Aku Tak Suka Memang Aku Tak Suka

asslammualaikum dan salam sejahtera.

setiap orang mesti ada benda atau perkara yang dia suka dan yang dia tak suka. betul tak??kita nih manusia jadi tak kan lagi dari perasaan-perasaan tersebut termasuklah aku. kita dah buat yang terbaik untuk diri kita. kita buat apa yang membuatkan orang atau masyarakat menerima kita tetapi kadang-kadang untuk membuatkan orang terima kita kita perlu atau terpaksa buat perkara yang kita tak suka supaya kita diterima oleh sesuatu kumpulan.

dan sesetengah perkara kita tak mampu nak ubah. dan ada beberapa perkara yang memang aku tak suka dan tak akan suka.

pertamanya. TAK TAU NAK HORMAT ORANG.  paling senang hormat member sendiri lah atau yang seusia dengan kita. perlu hormat ka mereka?sedang kan seusia..kenapa tidak, mesti lah perlu. apa perasaan korang kalo ada seorang member korang yang tak hormat korang? korang tengah bercakap dia buat tak tau ja..mesti panas kan??mcm tu la apa yang aku rasa. dalam dewan kuliah tadi. punya la tak tau nak hormat member lain tgh dengar kuliah (aku dengar ka?dengar la jgk sebb aku jenis yang malas nak ulang kaji jadi kena fokus dalam kelas baru aku faham). pensyarah bercakap kat depan dia orang plak dok berborak kat belakang. tak tau nak kata apa. kalo dah tak hormat member yang nak dengar kuliah apa lagi nak hormat pensyarah yang tengah mengajar kat depan. jauh sekali. kenapa pensyarah ko tak tegur student yang bising kat belakng??sebab minggu lepas dia dah sindir dah student yang buat bising. dia dah tegur dah. kalo dah pelajar tahun 3 takkan nak tegur banyak kali kot. lagi pun pelajar psikologi takkan tak faham lagi yang pensyarah tu lain macam sedikit minggu nih..?? korang tak perasan ka yang dia dah macam jauh hati, dah merajuk dengan student kelas tu?? cara dia sampai kan kuliah pun cukup berbeza. serius aku cakap aku tak puas dengan apa ilmu yang pensyarah tu bagi tadi. terlampau sedikit info. selaluny dia akan terangkan dengan mendalam supaya kita senang faham tapi korang dah buat dia mcm tu...memang tak bersyukur..dia dah bntu kita dah..kalo nak harapkan kita baca buku yang tebal2 tu dengan bahasa English ny...entah bila aku akan habis baca buku tu...korang..tolong la fikir...jangan menyusahkan diri sendiri...nanti dapat gred ciput menyalahkan pensyarah kata kedekut bagi markah tapi tak tau perangai ko tu mcm apa...dah final sem kot...matang lasedikit

penat tapi??

memang penat satu hari ni.tapi tak apa. biar penat tapi seronok dapat luangkan banyak masa dengan member course mate. walaupun kali nih tak seramai sem lepas.sebab kali nih cuma 14 orang ja yang join. kalo dulu kami pernah keluar jalan-jalan pergi bandar hampri 20 orang member. memang penat. penat berjalan, penat gelak, penat mengusik,penat melayan karenah member. lain kali kita keluar ramai-ramai lagi ya. kita cuba pecah rekod plak. cuba bawak member seramai mungkin. mesti best. mungkin kali nih tak ramai sebab PTPTN tak keluar lagi. sebab tu ramai yang tak dapat join.

matlamat kami keluar hari nih sebab mau tebus kupon buku 1Malaysia tu...pada mulanya memang tak nk join diaorg pergi tebus sebab mau tebus dekat koperasi ja. nak beli buku ilmiah ckit. bila fikir-fikir kalo satu atau dua kupon digunakan untuk beli alat tulis pun ok jgk kan??sebab tu join diaorg pagi tadi keluar bandar. 

janji jam 10 pagi. alah mcm biasalah. kalo janji jam 10...jam 10:30 baru semua datang..mcm tak biasa plak. dengan member yang ramai kena lah tunggu semua sampai baru gerak ramai-ramai. 

mula tu kita org plan mau gerak p KK dahulu kemudian baru p karangmunsing teman member belikan lat top baru. tapi masa dalam bus tu kami yang duduk kat depan plan pergi karangmunsing dulu nnt baru p KK. siap gtau pak cik bus tu lagi dan dah turun dah pun tetiba member yang duduk kat belakang suruh naik balik supaya kita orang ikut plan yang pertama. fuh punya lah malu tu naik bus balik...bila naik kami buat muka tembok..buat-buat tiada apa-apa yang terjadi..hahaha

sampai-sampai ja kedai buku yang terima kupon tu, kami mula kan misi cari barangan yang nak dibeli. cari punya cari. sorg member pun tak jumpa barang yang ingin dibeli.habis semua kedai buku dekat Center point tu kami teroka tapi memang tiada. last-last kami tak guna langsung kupon-kupon tu. masih lagi empat keping seperti mana pergi pagi tu....haiya buang masa dan tenaga oo...

bila dah penat buat lawatan dekat kedai buku kami cari kedai makan untuk menjamu selera dan melepas kepenatan. disebabkan kepenatan dan memang perangai kami "sorang buat keputusan dan sebulat suara akan ikut" last2 dia pilih kedai makan yang mahal gila harga makanan dia. dah puas makan masing2 melenting sebab makan nasi campur boleh mencecah RM10 untuk seorang. ambik ko...

dah puas makan dan melepaskan kepenatan kami teruskan perjalanan. memandangkan ada yang mau beli baju jadi kami turut kan ja. pusing punya pusing..last-last kelompok yang besar tadi terpecah 3 kumpulan kecik..terpaksa lah tunggu untuk semua berkumpul balik. adui pening jugk kalo keluar ramai sangt...

tepat jam 2:30 petang kami gerak p terminal sebab mau ke destinasi kedua iaitu karangmunsing. dalam perjalanan balik tu ada sebuah kereta besar yang ingt dia ja yang ada kereta tanpa mempedulikan perjalan kaki macam kami nih. fuh mau lemah jantung dibuatnya. nyaris kena langgar kot...agak2 la ko..kalo ko nak gatu orang yang ko ada kereta besar sekali pon. ingt la pejalan kaki seperti kami nih. jangan ikut suka ko ja nak pandu kereta tu mcm mana. kalo nyawa salah seorg member kami melayang siapa nak jawab??pandai-pandai la fikir sendiri. tapi alhamdulillah tiada yang tercedera. 

selamat ja sampai ke komplek karangmunsing dalam jam 3 petang mcm tu. kami pakat mau pergi solat dulu. dan memandangkan komplek tu agak asing bagi kami. jadi kami terpaksa bertanya sana sini untuk cari surau. nak cari surau pun kami boleh sesat. sebab ada pekerja dekat sana salah bagi arah. main dalam lif tu ja 30 minit. 

lepas solat tu kami pergi teman kan sorang member nih beli lat top baru dan sorg lagi beli printer baru. macam kejadian pagi ny tak jumpa lat top yang mau dibeli. last-last balik dengan tangan kosong kami hari nih...

memang terbaek..barang yang dicari tak dapat tapi penat yang dapat. tapi tak pa yang penting kami seronok dan pengalaman tu penting.lain kali kita keluar lagi ya

Tepatilah Masa Kalau Berjanji

orang kata masa itu emas. tapi nilai emas turun naik kan? jadi nilai masa pun turun naik ka? ada ketikanya masa tu dipentingkan mcm bila nak final.masa cuti study week tu. masa berjalan p library pun membaca. dan ada ketika nya masa tu diabaikan begitu sahaja mcm sekarang, masa mula masuk sem baru mana ada tugasan kan? jadi apa yang kebiasaan kita buat??ok aku mengaku kalau aku aku akan tengok muvie, fb dan sebagainya. jdi mungkin disebabkan itu lah masa itu dikatakan emas. ikut nilai ny.

tapi serius aku katakan aku TAK SUKA org yang tak tepati masa. kalau janji dengan orang tu jam 8 pagi ka, 10 pagi ka..pasang lah alam lebih awal sikit kan? kalau dah janji tu kena lah tepati janji, orang lain pun ada perancangan seharian jgk. bukan seharian tu naktunggu ko. agak2 la ba. fikiran dah cukup matang dan tau berfikir jadi gunakanlah sebaiknya. ni tak janji jam 10 pagi. jam 10.30 pagi baru mau bangun. last last dia suruh kita buat sorg padahal dia yang minta kita teman kan kita. tolong sikit. ko ingt ko siapa? nak arah kan aku?hah? ingat aku xda kerja ka mau di buat??

tak pa. hari nih hari ko..esok lusa mungkin hari aku plak. 

Saya Join, Pasti Dapat Doodle


assalammualaikum. 
kali nih join segmen nioh plak.
kalo nak join sama klik ja banner kat atas tu

Nama Panggilan Anda : Nyzham
Negeri Kelahiran : Sarawak
Warna Kesukaan : Putih

Menguji Ketahanan Mental

sekarang tepat 1:29 pagi 19 Februari 2012. ini bermakna tinggal satu hari lagi mau 20 Feb 2012 bukan??

bagi pelajar IPT tarikh tu adalah tarikh daftar untuk semester baru bukan? ya, sama lah kita. masuk semester bareu bermakna dah masuk semester akhir.wah.sekejab nya masa berlalu. mcm baru semalam daftar masuk UMS. hari dah semester akhir??

alhamdullillah, keputusan yang keluar baru baru nih seperti apa yang disasarkan. syukur sngt2. berballoi usaha selama nih. akan diteruskan usaha tersebut sehingga penghantaran laporan akhir nnt.

oh ya bercerita laporan akhir. ada sesetengah kursus menawarkan kepada pelajarnya untuk ambik latihan industri dan latihan ilmiah dan ada sesetengah kursus perlu buat latihan ilmiah sahaja tanpa perlu latihan industri. dan sebaliknya. tapi bagi kursus psikologi yang aku ambik dekat UMS memberikan kami pilihan sama ada mahu ambik latihan ilmiah atau latihan industri. dan aku telah membuat keputusan untuk memilih latihan ilmiah. atas beberapa sebab. pertama, aku memang minat bidang kaji mengkaji nih. niat pon nak jadi pengkaji suatu hari nnt. jadi aku ambik perluan nih untuk melatih dan menimba pengalaman. kedua. mm kedua apa ya??nnt aku fikirkan.

ya memang aku akui buat latihan ilmiah buakan sesuatu yang mudah. memerlukan ketabahan, kesabaran,pengorbanan, dan mcm2 lah korg sendiri tahu kan. dan apa yang membuat aku sedikit tertekan adalah. proposal latiahan ilmiah perlu SUBMIT ESOK...aku masih buat pendahuluan lagi. hari tu dah hantar dah draf yang pertama dan dah disemak. yang paling best ny kena tukar pemboleh ubah. bila dah kena tukar pemboleh ubah bermakna dari A to Z aku kena ubah. masa tinggal beberapa hari lagi. memang semak fikiran aku sekarang. tido lepas subuh. member lain semua santai lagi sekarang tanpa perlu apa-apa macam kami nih..mmg menguji ketahanan mental. tapi tak pa nnt aku tak payah p praktikal mcm diaorg,. hahaha...anyway wish me luck k.

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK


wah...lama nya tak join segmen yang Incik Ben buat..dan kali nih nak join lah..
macam best jah segmen nih..yang mana blogger dikehendaki untuk mengkritik blog lain. dab kunjungan akan dibalas dengan meninggalkan kritikan bukan pujian...ingt bukan pujian...

sesuatu yang cukup positif..sebab dengan kritikan kita tahu apa kelemahan yang kita tak nampak. jadi dengan jasa blogger lain, tuan blog boleh tahu kelemahannya...dan kenapa bukan pujian??sebab pujian dapat menimbulkan rasa riak seseorang, menyebabkan seseorang lupa diri...jadi jgn puji...kritik jangan tak kritik..peluang dah diberi..apa lagi...gunakan kepakaran mengumpat disini...berkias pun tak pa kalo takut tuan empunya blog terasa hati. hehehehehe

nak join???senang ja...klik banner kat atas tu

Penampilan Baru

Lama jugak tak update blog nih kan??ya memang agak lama. last update 28 oktober 2011 dan update terkini pun 09 February 2012. ni bermakna dari bulan November 2011 sehingga Januari 2012 tanpa sebarang update blog nih kan?? memang tak bertanggungjawab langsung. kalo dah bersesawang dah blog nih.

dan disebabkan dah lama sangat tak blogging nih. tuan empunya blog nih buat sedikit perubahan lah dengan blog sempena comeback saya ke dunia blog...dan hasil nya..


alhamdullilah..hasil 4 jam dok edit blog dari tadi akhirnya membuahkan hasil....
dan sangat2 berpuas hati dengan hasil kali nih...walaupun header blm tukar sbb blm dpt idea lagi...nnt kalo dapat ilham betukar wajah jkg la header tu...

bila dah semua baru, baru lah bersemangat semua nk blogging kan??
1stly nk mnta maaf kepada pembaca yang setia dulu, mungkin dah malas dah nak buka blog sya nih lagi tapi xpa saya akan bermula dari bawah untuk cari balik pembaca setia walaupun seorang dua...

Apa Untungnya meniru dalam Peperiksaan

Siapa pernah meniru dalam peperiksaan? tak kira lah zaman sekolah dulu atau masa dekat Kolej mahu pun U. ada?

mungkin ada yang pernah, ada yang mcm pernah meniru tapi tak ingt bila, dan ada yang tak pernah. kepada yang tak pernah tahniah la diucapkan.

rasanya aku mcm pernah meniru kot tapi tak ingt bila. dan rasa ny last meniru masa form 5.ingt lagi masa tu. dan akan diingt sampai bila-bila. masa tu kita org exam percubaan SPM. dan kita org mcm diberikan perluang oleh seorang cikgu nih untuk meniru. kenapadia buat mcm tu??sebab dia nak bantu anak dia dalam peperiksaan. anak dia tak boleh jawab soalan tu jadi dia bagi kami perluang untuk meniru supaya berlaku adil dia bagi kami meniru dan tak buat laporan pada cikgu lain.

tapi entah pada masa tu aku tak mahu meniru langsng sedangkan dah diberikan perluang untuk berbuat demikian. alasannya senang ja. sebab kalo aku meniru hasil nya xdapat nak dibanggakan dan tak tau setakat mna persediaan kita nak menghadapi peperiksaan sebenar nnt. jadi aku ambik keputusan untuk buat dengan menggunakan keupayaan sendiri.

kalo meniru apa yang kita dapat??yang mmg keputusan yang diperolehi mmg gempak. tapi itu bukan menunjukkan kemampuan kita. jadi untuk apa dibanggakan keputusan tu.

aku ada seorang kawan yang gemar meniru dalam exam. aku perasan dia meniru sebab dia balik-balik pergi tandas semasa exam berlangsung. dan aku buat andaian sendiri bahawa dia meniru dengan baca nota melalui gambar yang dia ambik melalui telefon. mula tu aku tak bagi tau sapa2. cuma kawan aku seorang nih. tujuannya supaya dia boleh bntu aku buat pemerhatian. mana tau masa aku terfokus menjawab aku terlepas pandang. jadi bila ada rakan pengkaji kerja menjadi senang cikit.

dan andaian kami makin dikaji makin betul. sebab kami ada mendengar cerita yang dia pernah dilihat oleh member kita org berbincang dengan gurlfriend dia masa exam. ya gurlfriend dia mmg antara pelajar pandai dalam kelas kami. apa bila keputusan keluar mmg keputusan dia meningkat mendadak dan tak mengejutkan kita org sebab ramai dah tahu dia meniru masa exam. bukan disebabkan oleh berita atau gosipyang disebarkan melalui mulut tapi melalui pemerhatian masing masing.

pernah sorg pelajar perasan melihat dia menulis nota atas meja sebelum exam midterm. dan apabila kami dikehendaki keluar untuk mengsongkan dewan bagi memudahkan pengawas menusun kertas soalan.pelejar tersebut sempat menyiasat apa yang di tulis atas meja dan ternyata semua nya adalah nota semata mata.

semenjak tu kita org mmg hilang hormat dengan dia. setiap kali kami exam dan dapat keptusan mmg kta org tak akan ambik perduli dengan keputusan dia. buat apa? bukan hasil usaha sendiri kot jadi baut apa nak ambik tahu. biar lah dia.

sendiri mau ingt la. apa yang kita pelajari untuk mendapatkan ilmu bukan segulung ijazah semata-mata. nnt ilmu tu yang akan digunakan dalam dunia realiti. 

Ada Baiknya Kalau Lambat Masuk

pejam celik pejam celik dah 11 Feb 2012 kan? dan tak lama lagi 20 Feb 2012 kan?? masih ada baki 9 hari kalau tak silap kira.

tarikh apa tu? kebnyakkan pelajar IPT tahu kot tarikh tu. tu lah tarikh masuk semester baru bagi sesi 2011 / 2012. sekejabnya masa berlalu kan?? siapa yang bakal masuk semester akhir sem nih? ada tak??kalau ada samala kita nih. perjuangan untuk mendapatkan segulung ijazah suajana muda hampir sampai kepenghujungnya tapi tak bermakna perjuangan menuntut ilmu kita habis sampai disini ya??

walau bagaimanapun, yang buat gelisah sangat nih result exam sem I sesi 2011 / 2012 tak keluar lagi. dari sumber yang dipercayai 19 Feb 2012 nnt baru result keluar. huh??lewat nya...ya mmg lewat. korang mcm mna?? lewat mcm tu jugak ka? kalau ya sama la kita. risau dengan hasil yang bakal diperolehi nnt. harap2 dapat seperti apa yang diharapkan. apa-apa pun tawakal ja dah nih.

bila result lambat keluar maka ramai la yang bising pinjaman PTPTN lambat masuk. mcm-mcm bntuk keluhan didengari. ada yang terpaksa makan megi lagi pada awal-awal sem, terpaksa ikat perut la.

tapi cuba fikir dari sudut positif plak. makin lambat pinjaman ptptn masuk semakin lambat duit tu habis nnt. kan??setuju? kalo setuju bagus. kalo lmbt habis bermakna pada study week atau exam week kita masih ada duit untuk membeli makanan yang lebih memberikan khasiat pada minda kita jika dibandingkan kalo duit habis awal. apa yang kita bagi dekat minda? megi ada apa jugak yang mampu dibekal kan pada otak dan minda?

bila otak dan minda mendapat apa yang diperlukan ia akan bekerja lebih baik kan??kesannya insya allah keputusan pun akan baik. sama-sama kita renung renungkan 

Hasil Dah Ditunjukkan, nak tunggu Maklum Balas ja lagi

bermula 13 januari 2012 usaha dicurahkan. pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan idea-idea bernas. kerap kali penukaran tajuk. beribu kali pencarian bahan. memang banyak dugaan dilalui dalam menyiapkan proposal kajian kali nih. ada benarnya kenapa pensyarah kita org tak berapa galakkan pkita org ambik latihan Ilmiah sebagai method untuk menguji diri. kerap kali kami dipersoalkan " betul kamu nak ambik latihan ilmiah?" persoalan tu memang kepar kami terima. tapi jawapan nya "ya" dan sekarang mmg terbukti kenapa kami disoal sedmikian kerap kali. memng memerlukan kesabaran untuk menyiapkan nya walaupun baru proposal. 

secara rasminya proposal tu siap petang semalam.
dalam perancangan memang mahu tunjukkan proposal tu dengan Prof B. petang semalam tapi disebabkan oleh kerisauan yang teramat sangat ditambahkan lagi dengan cuaca yang tidak mengizinkan. akhirnya aku ambik keputusan jumpa prof B. pagi tadi. 

dalam perjalanan pergi ke kampus perasaan risau kembali menghantui tapi aku kuat kan jgak sebab kalo lewat hantar aku tiada masa mau buat pembetulan dan penambahan sekiranya perlu dan dinasihatkan oleh Prof B. dan proposal selamat sampai ke tangan Timbalan Dekan Penyelidikan Sekolah Psikologi. 

sekarang cuma tunggu maklum balas dari Prof B. sama ada tajuk kajian boleh diteruskan @ ditukar? @ perlu buat penambahan? harap2 tidak masalah dengan tajuk dan proposal tu. masa maki singkat. proposal rasmi mesti submit pada 20 januari 2012 untuk penilaian. dan kemudian perlu dibentangkan dihadapan 2 penilai tapi    10 pensyarah lain yang menjadi supervisor member lain pun akan ada disitu. 

apa-apa pun. harap-harap apa yang terjadi nanti seperti yang diharapkan. 

Menghabiskan Cuti dekat Perpustakaan

lama rasanya tak buat update dekat blog. bukan sengaja untuk menghilangkan diri, cuma bila dah masuk sem baru, assignment berlambak, kerja bertimbun, alamatnya blog entah kemana tuan empunya entah kemana. nk dah pertengah cuti semester I sesi 2011 / 2012. habis ja cuti sem ini bermakna kita org dah masuk semester akhir dah. tinggal semester ja lagi kita org bergelar mahasiswa. insya allah kalo ada rezeki nnt akan bergelar mahasiswa lagi. niat mmg ada. harap2dipermudahkan lagi nnt agar niat nak smbng belajar lagi ke peringkat master tercapai. amin.

oh ya, dah satu minggu balik ke kampus. dan menghabiskan cuti dekat kampus nih. sebab ada perkara yang menuntut nyzham untuk balik awal dan menghabiskan baki cuti ni dekat library. member lain semua ny masih lagi bercuti di kampung bersama keluarga tapi nyzham menghabiskan cuti dekat library. tapi tak pa bukan lama lagi masa yang tinggal dekat kampus nih kan??habis belajar nanti habis kan lah sebanyak mana pun masa dengan keluarga.pengorbanan sebagar pelajar kata kan. apa2 pun esok nyazham mau jumpa Prof B. mau tunjuk hasil kerja dan harap2 dia berpuas hati lah nnt. 

TEATER : semurni kasih ummi

assalammualaikum....
ada blogger sekitar UMS??kalo ada jum ramai-ramai datang ke dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS untuk menyaksikan satu persembahan teater pada 1 & 2 November 2011 ini...1 November terbuka kepada pelajar. dan 2 November terbuka kepada org ramai...

skrip ditulis oleh En Zal Kipli
lakonan Wan Maimunah
kerjasama pelajar Seni dan Kelab Tarian UMS....
jom lah MASUK : PERCUMA....

Terasa DOWN sangat

assalammualaikum
belajar nih memenatkan kan??sangat memenatkan..bukan kadang-kadang tak cukup tidur tapi kerap kot tak cukup tidur...kenapa aku tak cukup tidur??sebab main game ka??fb??blog??semua ny bukan...sebb bnyk kerja/tugasan yang nak kena siap awal supaya tak la stress..bila dah siap awal boleh buat atau lengkapkan nota yang mmg tak lengkap...

nak buat semua tu mmg memerlukan kesabaran yang amat besar...dan hari ini hari dalam sejarah sebab aku teramat lah rasa DOWN sangat-sangat-sangat.....

apa sebab??sebab apa yang aku nak buat tapi aku tak dapat buat...kenapa??kenapa??sakit hati bila memikirkan ny...kenapa tak bagi peluang pada aku untuk buat benda tu??peluang tu sekali ja dan aku nak sangat rebut peluang tu...taksalah kan kalo bagi peluang tu dekat sesiapa yang penting org tu kuat mempunyai niat nak buat..bagi ja lah....kenapa takut kami tak mampu??kalo kami tahu kami nih tak mampu laksanakan kami tak akan mohon untuk buat lah....

korg ada apa-apa tips ka untuk naik kan balik semangat aku untuk terus belajar nih...

rehat sebentar sersama kit kat

assalammualaikum...
lama rasa ny nyzham tak mencoret kan??ok sorry sngt2..mgkin sebab sibuk yang melampau kot...mana tak ny assignment melambak-lambak..bukan calang-calang assignment...semua nak buat mini kajian...huhuhuhu..ok tak pa untuk masa depan jgk kan??mmg dah hidup student mcm tu kan??nak wat mcm mana..

ok petang nih nyzham dengan group member yang lain plan nk buat satu iklan khidmat masyarakat untuk memenuhi syarat kursus elektif yang kitaorg ambik sem nih...harap2 semua ny berjalan dengan lancar la...iklan masyarakat kita org tu nnt, kami akan buat pasal go green..nak bntu selamatkan bumi kata kan...idea kita org dah ada dah..cuma nak buat kan iklan tu yang belum lagi sebb masing-masing kitaorg bnyk komitmen...jadi hari nih baru ada free sebb kuliah hari nih semua batal jadi ambik kesempatan la nih...

nnt hasil iklan tu nyzham masukkan dalam blog nih..k??
jadi nnt kan hasil karya kami...

berjinak-jinak dgn dunia penyelidikan

PENING nya...!!
mana tak nya smpai 1.40am masih lagi on9..bukan suka-suka tapi nak cari jurnal untuk buat kajian..sem nih mcm bnyk plak assignment kita org yang kena buat mini kajian. kalo nak dibnding kan dengn sem-sem lepas mmg rasa ny sem nih bnyk skit mini kajian yg kita org dapat..tadi jam 11:45pm baru balik dari buat perbincangan dengn group member pasal mini kajian tu. dan sekarang stil lagi tak tido sebab nak cari bahan untuk satu lagi mini kajian yang kena buat...dah dapat kajian lepas kena baca dan faham plak..yang pening ny tau-tau ja lah  tahap bahasa dia org mcm mna kan?? mmg kaw-kaw pnya...tak apa sabab ni semua untuk masa depan nyzham jgk kan??

nnt pon bercita-cita nk jadi pengkaji jgk..tapi skrg masih dilema lagi sama ada nak buat tesis atau buat praktikal...nyzham mmg berminat sngt nak buat kajian nih...1st buat mini kajian lagi dah rasa mcm nk terus buat kajian tu...alhamdulillah sampai skrg minat tu stil ada lagi. dan dah gtau pensyarah dah niat hati nak buat tesis tapi tak confirm lagi...nk fikir masak-masak dulu...

hehehe..masti ramai kan tnya gambar siapa yang kat atas tu??ok yang tu buak atok nyzham atau ayah nyzham...yang kat atas tu adalah salah seorg ahli psikologi...nama dia sigmund freud..kalo nak tau pasal dia lebih mendalam korg minta tolong en google ja..nnt dia akan bntu...

doakan nyzham supaya cita-cita nyzham nak jadi penyelidik psikologi tercapai..amin..

Rusuhan dekat I.T fair 1Borneo

semalam (30Sept 2011) adalah satu sejarah dalam hidup aku sebagai pelajar dekat kampus dan sepanjang aku berada dirantau org. peristiwa nih mmg aku takkan lupa kan la..mmg kejutan buday sedikit la pada mula nya....


semalam nyzham dan kawan p 1B dgn tujuan nak teman kan kawan pergi IT fair yang diadakan dekat 1B berhampiran dengn kampus UMS. sesiapa dekat sabah tu tau la kan??ok dekat IT fair tu ada buat 1 promosi..promosi yang mmg gila-gila lah...

diaorg jual hard disk yang 500 GB dengn harga RM 99 sahaja. yang RM99 bukan salah taip tapi mmg RM99. murah kan??sebab tu ramai pengunjung yang datang lebih awal semata-mata nak berebut-rebut dapatkan stok sebab stok adalah terhad ja...degr kata dalam tempoh 3 hari stok yang dijual dgn harga RM99 hanya 200 unit sahaja tapi pada hari pertama atau hari yang kita org pergi tu just 30 stok yang pertama sahaja yang dijual dgn harga RM99....

ramai ny org lebih kurg seperti gmbr yang en google bagi kat ats tu...mmg seram sbb smpai ada yang kena pijak. dan pembahagi ruang pon hampir tumbang masa pintu tu dibuka...

gara-gara produk murah semua hiulang pertimbangan....kalo buat ibadat mcm tu kan bagus...

Mau Cari Pasal

assalammualaikum..selamat sejahtera...
tak tau mau mula cerita mcm mna ni..gua bukan sengaja pon mau cari pasal..betul gua tiada niat pon mau cari pasal dengn sesiapa tapi kalo ada sesiapa member gua yang rasa tak puas hati dgn gua..gua mnta maaf dengn korg..mungkin gua tak perasan gua dah sakit kan hati korg semua...


ya..mmg gua tahu sem nih subjek yang kita org ambik semua ny killer habis..walaupon jam kredit sem nih kurg tapi mmg agak berat la..pada mula tu mmg gua tak mau ambik apa-apa jawatan atau pegang apa-apa jawatan dan jawatan yang dipegang sebelum nih pon dah cukup dah tanggungjawb ny untuk dilaksanakan...

tapi entah mcm mna mulut gua nih ringan sangt nak terima tawaran menjadi pengarah program untuk satu program course kita org...dan sebelum nih pon gua dah pegang jawatan pengarah program jagk tapi untuk Kolej kediaman punya...dan dekat kolej kediaman gua turut memegang portfolio sebagai Timbalan Pengarah Exco Perkhidmatan...mmg agak berat jgk sbb kalo Exco gua tak ada dkt kolej gua yang kena gnti dia dalam metting atau pegang jawatan Ketua/pengarah kalo ada program dekat kolej. Semester nih dan semester lepas Kolej kitaorg mmg antara kolej yang paling aktif dengn setiap hujung minggu ada ja xtvt ny...

sebenr ny gua saja ja mau timba pengalaman selagi gua mampu pikul tanggungjwb yng diamanahkan dan insya allah gua takkan abaikan pelajaran lah...pelajaran gua tetap no1 ya...

secret admire?

asslmmualaikum..
nih entry yang ke2 lepas lama tak update blog...wah bnyk plak story kan??
mmg bnyk pon tapi tak sempat nak share ja dengn semua...kali nih ada sedikit masa kena guna sebaik-baik ny...dan curi masa nk update blog nih...

korg pernah dapat hadiah dari Secret Admire tak??hehehe nyzham pernah (nak show off jab...) ok cerita ny mcm nih...beberapa malam lepas nyzham balik dari meetng dengan exco kita org...dalam jam 10:30 mlm mcm tu lah...bila sampai ja di rumah nyzham dapat satu msg nih dari satu nombor yang tak dikenali.....tapi mana diaorg dapat fon num nih??ah tak hairan lah nombr telefon kita org ada diiklankan dekat bus stop bagi memudahkan pelajar untuk hubungi kita org kalo ada sebarang pertanyaan...

ok berbalik mcm mna nyzham dapat hadiah tu...dalam msg tu dia gtau nak jumpa dekat bus stop atas...tanpa sebarang persoalan nyzham pon gerak g bus stop sbb mmg kebiasaan pon kalo mana-mana pelajar yang nak jmpa ktorg semua ny atas sebab kolej kediaman atau kampus...jadi tanggungjwb tetap tanggungjwb..walaupon penat kena jgk pergi jmpa...

bila sampai bus stop tu, tak nampak sesiapa pon kat situ....yang jumpa cuma satu beg plastik ja yang berisi kotak yang dibalut kemas dengn pembalut hadiah...tak lama kemudian dapat satu msg...yang gtau ambik beg plastik tu sebagai pemberian ikhlas dari dia...

pada mula ny tak nak ambik sebb nyzham mmg tak kenal dia dan bagi pon dia main tnggal ja....masa nak balik dengan tangn kosong tu datang lagi satu msg..." hadiah tu ikhlas dari saya sebagai terima kasih sebb bnyk bntu saya masa masuk dulu..." ohh jadi hadiah nih dari adik juior la??nak tak nak nyzham pon bawa balik hadiah tu...dah org bagi ambik ja la kan??

but tqvm sesiapa yang bagi hadiah tu....
hahahaha...jagn salah faham..bukan secretadmire ya??saja bikin tajuk yang gempak ckit....
assalammualaikum...
apa khabar keng kawan semua??sihat kah??kalo sihat alhamdulillah dan kalo ada yang sakit tu cepat2 makan ubat dan rehat kat bilik ja...jgn nak menggatal nak keluar hari nih...

ok firstly nak minta maaf sebb dh lama sngt dah tak update blog nih...dah bersesawang dah pon..bukan saja-saja nak biar kan labah-labah buat sarangea diaorg tapi semenjak bilik kampus nih bnyk program yang dh dirncang seblm cuti sem 4 bulan hari tu...setiap minggu kita org mmg ada satu aktiviti yang perlu dibuat...cuma minggu nih ja nyzham tak terlibat sebab minggu nih exco Hal ehwal wanita (HELWA) yang anjur kan...dia org buat kursus buat kek, roti dan yang sewaktu dengn ny...sekarang pon tgh berlangsung pertandingan dengn menggunakan ilmu yang dia org dapat semalam...

mungkin lepas-lepas nih pon agak ssh nak update blog tapi nyzham akan sedaya upaya untuk update blog nih...jgn risau lah k??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...